Sunday, November 15, 2009

Sistem Permohonan Bantuan Online (e-Bantuan)

Sistem Permohonan Bantuan Online (e-Bantuan) ini dibuat khas untuk memudahkan Pertubuhan atau Persatuan memohon bantuan secara online.
Segala permasalahan atau cadangan yang ingin dikemukakan bolehlah diajukan kepada pihak Unit Sistem Jabatan, Cawangan Pembangunan, Bahagian Pengurusan Maklumat
di talian 038871 3383/3151

Senarai Semakan Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon Bantuan Persatuan/Pertubuhan Jabatan Belia Dan Sukan Negara(JBSN)

1.
Sijil Pendaftaran Persatuan
2.
Perlembagaan Persatuan/Pertubuhan
3.
2 Salinan Kertas kerja Program
4.
Laporan Program Daripada Bantuan Sebelum
5.
salinan Akaun Bank Persatuan Yang Telah Disahkan
6.
Surat Sokongan Daripada Menteri, Timbalan Menteri , Setiausaha Parlimen
(Jika Ada) atau HRP(SRMIPT)


PERHATIAN!
Dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas perlu dihantar bersama permohonan ini tidak lewat dari 30 hari dari permohonan secara online dibuat.
Sebarang kelewatan akan melambatkan proses permohonan


SYARAT PEMBERIAN BANTUAN
Pemberian bantuan pentadbiran dan program/aktiviti merupakan sumbangan KBS untuk mengurangkan sebahagian daripada kos yang terpaksa ditanggung oleh Pertubuhan Belia dan Persatuan Sukan. Antara syarat-syaratnya adalah :
1.0 Untuk Pertubuhan Belia Peringkat Kebangsaan
  i) Sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
  ii) Persatuan tersebut mestilah menjadi badan gabungan dengan Majlis Belia Malaysia (MBM).
  iii) Sebuah pertubuhan yang tidak mementingkan kepada keuntungan "Profit Oriented".
   
2.0 Untuk Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah
  i) Sebuah Majlis Belia yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
  ii) Majlis Belia yang tidak mementingkan keuntungan "Profit Oriented".
  iii) Motif program yang dijalankan selaras dengan dasar/ matlamat KBS dan kumpulan sasar.
   
3.0 Untuk Persatuan Belia, Kelab-kelab dan Organisasi
  i) Sebuah pertubuhan belia yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
  ii) Pertubuhan yang tidak mementingkan keuntungan "Profit Oriented"
  iii) Matlamat program yang dijalankan ialah untuk pembanguan belia
  iv) Program yang dijalankan mestilah selaras dengan dasar KBS.
   
4.0 Untuk Persatuan Sukan Peringkat Kebangsaan, Negeri, Kelab- Kelab dan Organisasi
  i) Sebuah persatuan sukan yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
  ii) Matlamat program yang dijalankan ialah untuk pembanguan sukan
  iii) Program yang dijalankan mestilah selaras dengan dasar KBS.
  iv) Persatuan yang tidak mementingkan keuntungan "Profit Oriented"

untuk maklumat lanjut sila klik disini

Borang Star Rating (download disini)

Anda boleh memua turun borang star rating bagi pertubuhan belia disini

Apa itu star rating?

Star Rating adalah satu pengredan ke atas persatuan belia dan mempunyai objektif sepertimana yang dipersetujui dalam Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN).

Antara objektifnya adalah;

  • Menilai tahap pencapaian persatuan belia.
  • Meletakkan persatuan belia pada tahap kedudukkan yang sesuai mengikut ranking.
  • Mengemaskini persatuan belia yang berprestasi tinggi supaya sentiasa menjaga dan memeliha tahap kecekapan dan keberkesanan organisasi.
  • Memberi bantuan aktiviti mengikut standard/ranking yang diperolehi.
Anda boleh memua turun borang star rating bagi pertubuhan belia disini

Wednesday, November 11, 2009

Pengambilan anggota baru Jabatan Pertahanan Awam Negeri Pulau Pinang

Jabatan Pertahanan Awam Negeri Pulau Pinang membuka keahlian kepada mereka yang berminat menjadi sukarelawan pertahanan awam

syarat-syarat pemohonan;
  1. warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  2. sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal
  3. kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR
  4. tidak menyertai badan beruniform yang lain
  5. berminat menjalankan tugas secara sukarela

kemudahan-kemudahan yang diberikan;

  1. mendapat elaun berkhidmat
  2. mendapat uniform percuma
  3. menerima bounti (saguhati tahunan)
  4. pegawai dan anggota dapat berkhidmat di seluruh Malaysia kerana pejabat/cawangan pertahanan awam terdapat di seluruh Malaysia
  5. rawatan lanjut di hospital - kadar bayaran terkurang

kepada sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang pendaftaran di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Barat Daya

testing

1st time.. :)

Photos

Advertisement