Sistem Permohonan Bantuan Online (e-Bantuan) ini dibuat khas untuk memudahkan Pertubuhan atau Persatuan memohon bantuan secara online. Segala permasalahan atau cadangan yang ingin dikemukakan bolehlah diajukan kepada pihak Unit Sistem Jabatan, Cawangan Pembangunan, Bahagian Pengurusan Maklumat di talian 038871 3383/3151 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Senarai Semakan Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon Bantuan Persatuan/Pertubuhan Jabatan Belia Dan Sukan Negara(JBSN)
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PERHATIAN! Dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas perlu dihantar bersama permohonan ini tidak lewat dari 30 hari dari permohonan secara online dibuat. Sebarang kelewatan akan melambatkan proses permohonan SYARAT PEMBERIAN BANTUAN
untuk maklumat lanjut sila klik disini |
Sunday, November 15, 2009
Sistem Permohonan Bantuan Online (e-Bantuan)
Posted by :: @ m e r a l i t y :: at 11:42 PM 0 comments
Borang Star Rating (download disini)
Anda boleh memua turun borang star rating bagi pertubuhan belia disini
Apa itu star rating?
Star Rating adalah satu pengredan ke atas persatuan belia dan mempunyai objektif sepertimana yang dipersetujui dalam Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN).
Antara objektifnya adalah;
- Menilai tahap pencapaian persatuan belia.
- Meletakkan persatuan belia pada tahap kedudukkan yang sesuai mengikut ranking.
- Mengemaskini persatuan belia yang berprestasi tinggi supaya sentiasa menjaga dan memeliha tahap kecekapan dan keberkesanan organisasi.
- Memberi bantuan aktiviti mengikut standard/ranking yang diperolehi.
Posted by :: @ m e r a l i t y :: at 11:29 PM 0 comments
Wednesday, November 11, 2009
Pengambilan anggota baru Jabatan Pertahanan Awam Negeri Pulau Pinang
Jabatan Pertahanan Awam Negeri Pulau Pinang membuka keahlian kepada mereka yang berminat menjadi sukarelawan pertahanan awam
syarat-syarat pemohonan;
- warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal
- kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR
- tidak menyertai badan beruniform yang lain
- berminat menjalankan tugas secara sukarela
kemudahan-kemudahan yang diberikan;
- mendapat elaun berkhidmat
- mendapat uniform percuma
- menerima bounti (saguhati tahunan)
- pegawai dan anggota dapat berkhidmat di seluruh Malaysia kerana pejabat/cawangan pertahanan awam terdapat di seluruh Malaysia
- rawatan lanjut di hospital - kadar bayaran terkurang
kepada sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang pendaftaran di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Barat Daya
Posted by :: @ m e r a l i t y :: at 10:27 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)